Pernikahan ataupun perkahwinan,
menyingkap takbir rahsia,
isteri yang kamu nikahi,
tidaklah semulia Khatijah,
tidaklah setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah,
justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita,
untuk menjadi yang solehah ~
pernikahan taupun perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama,
isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya,
isteri adalah murid,kamu musyidnya,
isteri bagaikan anak kecil,
kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu,
kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun,
kamulah penawar bisanya,
seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya ~
pernikahan ataupun perkahwinan,
mengisafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
justeru kamu akan tersentak alpa,
kamu bukanlah Rasulullah,
pun bukanlah saidina ali karamaullahhuwajah,
cuma suami akhir zaman,
yang berusaha menjadi soleh ~





Tiada ulasan:
Catat Ulasan