YA ALLAH ~
izinkan aku menjadi sekuntum bunga,yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama,cantiknya kerana iman dan taqwa, namun keindahan zahirnya ku simpan rapi , biarlah menjadi rahsia yang kekal abadi , bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati , YA ALLAH , timbulkanlah duri yang memagari diriku , agar diriku terpelihara dari noda duniawi yang akan menghilangkan keharuman sejati , yang memudarkan kecantikan diri , disebalik kekurangan ynag tercipta , bukanlah alasan untuk memuramkan durja , kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya , izinkan YA ALLAH agar aku menjadi permata saja . buat ummah dan keluarga , izinkan aku menjadi yang seindah mawar duri,yang menjadi impian setiap muslimah , yang indahnya bukan untuk lelaki, tapi permata buat bernama suami . AMINN ~
TO : AZLIZAKWAN BIN AZIZAN@AZMI
Pernikahan ataupun perkahwinan,
menyingkap takbir rahsia,
isteri yang kamu nikahi,
tidaklah semulia Khatijah,
tidaklah setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah,
justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita,
untuk menjadi yang solehah ~
pernikahan taupun perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama,
isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya,
isteri adalah murid,kamu musyidnya,
isteri bagaikan anak kecil,
kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu,
kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun,
kamulah penawar bisanya,
seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya ~
pernikahan ataupun perkahwinan,
mengisafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
justeru kamu akan tersentak alpa,
kamu bukanlah Rasulullah,
pun bukanlah saidina ali karamaullahhuwajah,
cuma suami akhir zaman,
yang berusaha menjadi soleh ~
menyingkap takbir rahsia,
isteri yang kamu nikahi,
tidaklah semulia Khatijah,
tidaklah setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah,
justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita,
untuk menjadi yang solehah ~
pernikahan taupun perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama,
isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya,
isteri adalah murid,kamu musyidnya,
isteri bagaikan anak kecil,
kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu,
kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun,
kamulah penawar bisanya,
seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya ~
pernikahan ataupun perkahwinan,
mengisafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
justeru kamu akan tersentak alpa,
kamu bukanlah Rasulullah,
pun bukanlah saidina ali karamaullahhuwajah,
cuma suami akhir zaman,
yang berusaha menjadi soleh ~
Langgan:
Ulasan (Atom)




